Pages

Followers

Showing posts with label tips kawen. Show all posts
Showing posts with label tips kawen. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

contact lenses





pilihan I sweetie grey :)

hai wanita wanita cantik :)

rasa macam gedikss2 pulak petang nie.haha.menyammmpah!

okay abaikan.....

now I nak kongsi beberapa tips yang I rasa berguna lah untuk B2B..
  • PAKAI SEBULAN /SEMINGGU AWAL - bukan sebab excited nak kwen tapi untuk bagi mata uols serasi dengan CL yang uols beli tu.lagi lagi kalau uols nie jenis yang rabun tapi tak suka pakai CL/tak pernah pakai CL..kalau tak serasi nanti mata kita akan jadi merah,pedih dah kering.ada setengah orang akan mengalami masalah nie dalam masa sehari jerk.ikut kesesuaian mata masing masing :)
  • PILIH WARNA YANG BERSESUAIAN - pemilihan warna juga penting ya uolss.....jangan ambik colour yang over sangat macam pink,hijau,biru(warna berani)....takut tak sesuai dengan muka bila dah make up nanti...yelah kita nak orang datang tengok pengantin nampak cantik je...betul tak?bukannya tengok pengantin dah macam minah salleh celuppp..hehe..pilih lah colour neutral...macam black,grey,brown,clear..kira warna selamat lah...takde lah tetamu tekejut tengok kita...tapi......tu semua terpulang pada uols...kalau uols dah pernah cuba warna warna berani tadi...and rasa sesuai uols boleh lah teruskan.hah!lagi satu kalau uols rasa tak yakin dengan warna warna yang ada,i mean macam tak dapat nak bayangkan bila ada dekat mata..uols boleh cuba dulu dekat kedai yang uols nak beli tu..
  • PILIH CORAK/STYLE YANG SESUAI - sekarang nie kan dah ada macam macam jenis CL..so bagi uols yang mempunyai mata yang sepet tak payah risau lagi...now dah ada CL yang boleh buat mata uols nampak lebih besar..huhu..so tak ada masalah lagi...kalau mata uols dah cukup besar I rasa tak ada masalah kot nak pilih CL...just corak bahagian tengah tu uols boleh lah cari yang uols berkenan...huhu
okay bai.


Monday, October 3, 2011

Petua Rumahtangga :)) * sesuai untuk para/bakal suami baca *



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri 
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami . 

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga 
luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan 
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses 
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. 

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara 
isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias 
isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda. 

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. 
Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. 
I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya 
jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya! 

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak . Benih 
dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n 
berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. 

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax 
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk 
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata 
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan 
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan. 

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk 
isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma 
ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak! 

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu 
kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang 
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri 
kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok 
belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma 
masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan 
perbelanjaan keluarga) 

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang 
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin 
dulu. 

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh 
control kentut? 

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma 
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci
 mereka walaupun secara bergurau. 

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. 

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, 
jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda 
. Selalunya 
perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi 
itulah dia rela nak tolong. 

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan 
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, 
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu 
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke 
nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? 

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda 
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. 
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja .
 

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri 
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi 
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri 
sendiri. 

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak 
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, 
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat? 

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja
.
 Kalau awak sakit nak mati 
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? 
Jiran sebelah rumah awak? 

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa 
doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai
isteri nak mampus pun tak perasan .
 


20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat . 
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat 
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling 
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan . Bukannya laku bila 
dah mati nanti. 

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti 
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar 
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum 
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar 
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga 
belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya 
dengar dari seorang ustaz. 

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian 
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau 
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali 

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati 
Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati 
orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, 
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami 
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan 
kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang 
perempuan ni enteng sahaja. 



oleh : Dr.Fazilah Kamsah


C&P : Goggle

Thursday, September 29, 2011

Perempuan Memang Begini.........


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.   Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lema...h, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.   Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.   Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


note : just nak share sebagai tatapan ilmu ;)
sumber : google 

Wednesday, April 6, 2011

d.i.y

hai.
hari nie i nak kongsi something yang uols boleh buat sendiri untuk naikkan lagi seri majlis perkahwinan uols.hihi.atau boleh bagi idea untuk B2B..i dapat nie dari bantuan incik GOOGLE.i think i nak buat masa wedding i nanti.*tu pun kalau hengaatttt!kekeke*

1) fabric flower bouquet


Fabric-Flower-Bouquet-Tutorial




Supplies needed:
  • assortment of fabric (choose fabrics with a variety of different textures, for these we used silk, cotton, and linen. You can also use fabric remnants or scraps to add a vintage or sentimental feel)
  • hot glue gun
  • glue sticks
  • fabric scissors
  • cardstock
  • fabric marker
  • buttons
  • felt flowers
  • ½ yard length of 2″ thick ribbon
  • floral cloth wire
  • felt circles
  • hand sewing needle
  • all-purpose sewing thread
Make Fabric Yo-Yo Flowers
Fabric-Flower-Bouquet-Tutorial-5
1) Cut 6″, 5″, and 4″ diameter circle templates out of cardstock.  Trace an assortment of circles onto fabrics.
2) Cut out all circles using fabric scissors.
Fabric-Flower-Bouquet-Tutorial-4
3) Thread your needle with the all-purpose sewing thread, knotting it at one end. begin to sew around the edge of the circle. As you stitch, begin pulling the thread, you will notice the fabric beginning to come together into lovely folds. Once the fabric ruffles enough that it begins to make a flower, knot your thread on the back (flat) side.
Fabric-Flower-Bouquet-Tutorial-6
Fabric-Flower-Bouquet-Tutorial-7Fabric-Flower-Bouquet-Tutorial-3
4) Continue making yo-yo flowers until you have a variety of sizes and colors to choose from. Stitch beads to the center of each or glue buttons or pre-made felt flowers to the centers. You can also layer different sizes on top of one another.
Fabric-Flower-Bouquet-Tutorial-2
Construct the Bouquet
1) Bend the floral cloth wire in half and then bend the ends to create a flat surface for the flowers.
Fabric-Flower-Bouquet-Tutorial-8
2) Add hot glue to the back of the flower and attach the “stem” to it.
Fabric-Flower-Bouquet-Tutorial-9
Fabric-Flower-Bouquet-Tutorial-10
3) Cover the stem with a piece of pre-cut felt and glue down the edges. This will give the flowers a more finished look.
Fabric-Flower-Bouquet-Tutorial-11
4) Do the same with the other stem. Repeat steps 1-3 until you have the desired amount of stemmed flowers.
Fabric-Flower-Bouquet-Tutorial-12
5) Begin to bunch all the stems together. Start wrapping some of the stems around the bundle to secure it in place. This will also shorten the stem so you can start to play with different stem heights.
Fabric-Flower-Bouquet-Tutorial-14Fabric-Flower-Bouquet-How-To
6) When you are happy with the size of your bouquet, tie the ribbon around the bundle for a finished look and enjoy!
mccully_110113_idometoo_0246

2)


DIY-Heart-Garland
Materials:
  • assorted paper, card stock is a good weight for sewing into
  • all-purpose sewing thread
  • sewing machine
  • scissors
  • felt craft ball
1) Cut out a variety of heart sizes
DIY-Sewn-Heart-Garland-Tutorial-1
2) For the vertical garland, layer different sized hearts on top of one another and sew together down the middle of the heart. Leave about 3 inches in between each heart.  Sew some with a singular heart to create interest and variety.
DIY-Sewn-Heart-Garland-Tutorial-4
DIY-Sewn-Heart-Garland-Tutorial-3DIY-Sewn-Heart-Garland-Tutorial-2
3) Sew the felt craft ball onto the bottom of the garland to weigh it down. A decorative bead will also work for this step.
DIY-Sewn-Heart-Garland-Tutorial-5
For the horizontal garland, simply sew hearts in the other direction!
DIY-Sewn-Heart-Garland-Tutorial-8
DIY-Sewn-Heart-Garland-Tutorial-7DIY-Sewn-Heart-Garland-Tutorial-6


Banyak lagi idea uols boleh dapat dekat sini CLICK HERE!!


Monday, December 13, 2010

ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK KAHWIN? ;)

Minda Dan Kerohanian
Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara minda melalui dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami-isteri. Setiap pasangan juga perlu bersikap matang. Mereka juga hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Soal hukum hakam dan ilmu agama amatlah penting. Begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi, mengurus sumber kewangan, tenaga, masa, dan kemahiran mengatasi tekanan.

Persediaan Fizikal
Bakal pengantin perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit. Kesihatan yang baik akan membolehkan pasangan hidup bahagia dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Bakal pasangan hendaklah memiliki kemampuan seksual. Ia amat penting dalam menjamin kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Ia juga merupakan faktor utama bagi membolehkan pasangan mendapat zuriat. Kematangan fizikal pula penting terutama bakal isteri yang inginkan anak
sebaik sahaja berkahwin. Bagi seorang wanita, mengandung pada umur kurang 18 tahun adalah tidak digalakkan, kerana pada umur tersebut tubuh badan wanita itu sedang membesar dan belum bersedia untuk mengalami perubahan fizikal dan fisiologikal semasa mengandung. Umur yang idea bagi wanita untuk menjadi seorang ibu ialah antara 20-30 tahun.

Persediaan Ekonomi
Tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya. Sebarang sumbangan isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri.


Persediaan Sosial
Perkahwinan membawa kepada perubahan kepada peranan kedua-dua pihak. Contohnya, mereka yang berumahtangga kini mempunyai jaringan hubungan sosial dengan mertua dan saudaramara pasangan. Oleh itu bakal pengantin perlu memastikan diri masing-masing untuk menerima segala nasihat dan tunjuk ajar daripada mertua.

Sunday, December 12, 2010

EMAS atau EMAS PUTIH


tips :

Barang kemas salah satu pilihan sebagai tanda ikatan pertunangan atau perkahwinan bagi setiap pasangan. Biasanya bagi orang Melayu mereka lebih suka memilih emas kuning berbanding emas putih. Bagi mereka emas kuning lebih terserlah dan semestinya lebih bernilai. Namun tidak dinafikan ia mengikut trend semasa yang kini lebih tertumpu kepada emas putih sebagai cincin pertunangan dan perkahwinan. Pemilihan cincin emas putih nampak elegan dan lebih kelihatan muda. Pada kebiasaannya emas putih lebih mendapat perhatian dan minat golongan muda yang lebih moden. Namun setiap pemilihan emas tersebut ada lambang yang tersendiri. Tidak kiralah dari segi jenisnya, reka bentuk, harga dan nilai emas tersebut. Jika cincin yang dipilih mewah, ia akan menampakkan gaya eksklusif kepada si pemakainya. Ia bergantung kepada minat individu tersebut sama ada menggemari emas kuning ataupun emas putih. Jika anda masih ragu-ragu sama ada emas putih ataupun kuning, anda perlu memikirkan faktor-faktor di bawah ini.

♥ Ketahanan atau gaya hidup
Pemilihan emas kuning atau putih sama ada lebih sesuai dengan gaya hidup anda atau tidak. Ini termasuklah tugasan anda seharian dan apa rutin harian anda? Mungkin anda seorang yang lasak dan jenis yang ke hulu ke hilir. Bagaimana tahap ketahanan barang kemas yang anda pilih itu? Anda sahaja yang dapat menilainya. Kaji ‘kemesraan’ barang kemas tersebut dengan diri anda.

♥ Kesesuaian jari
Ini juga salah satu cara pemilihan cincin anda. Bukan hanya pemilihan bergantung kepada minat emas kuning atau emas putih. Ia juga bergantung kepada bentuk jari anda pendek atau runcing. Bagi yang jari runcing, mereka bertuah kerana apa-apa sahaja yang disarungkan nampak cantik dan sesuai. Jika pemilihan barang kemas tersebut terlalu besar atau terlalu kecik, ia akan kelihatan janggal dan tidak manis di jari anda nanti. Kadangkala emas putih tidak sesuai disarungkan pada jari yang berkulit terlalu gelap. Begitu juga emas kuning, akan nampak janggal kepada warna kulit yang gelap. Namun semuanya atas kebijaksanaan anda untuk menyesuaikannya.

♥ Alahan atau sensitif
Sesetengah orang sensitif kepada emas putih dan ada juga yang sensitif dengan emas kuning. Perkara ini juga sering dititikberatkan dalam proses memilih emas putih ataupun emas kuning. Agak membimbangkan jika barang kemas yang anda pilih akan memudaratkan kulit anda sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa semasa anda memakainya. Tambahan pula berlaku pembaziran kerana anda tidak boleh menggayakan barang yang sudah anda beli. Pendek kata uji tahap alahan kulit anda. Sama ada emas putih atau emas kuning?

♥ Kos atau kewangan
Sebenarnya tidak ada perbezaan yang banyak antara emas kuning atau emas putih. Ia bergantung kepada saiz, bentuk, permata atau berlian yang bertakhta pada barang kemas tersebut. Dari segi pemilihan ini sudah pasti melibatkan kos sama ada kecil atau besar. Jika kewangan anda kukuh, tidak salah jika anda memilih untuk bergaya mewah sama ada dengan emas kuning atau emas putih. Semuanya bergantung dengan bajet anda. Jangan pula berlaku kesempitan wang gara-gara memilih barang kemas di luar kemampuan anda. Ini juga salah satu perancangan kewangan anda.



C&P : PENGANTIN
note: i lagi suka emas putih dari gold..huhu..emas putih nampak glam sikit.auuww! ;P

Thursday, December 9, 2010

10 tips jimat kumpul duit kawin!


1. Shopping masa sale jer – kalau korang suka sangat shopping, pilihlah time yang ader Mega Sale jer. Gerenti hampir semua barangan boleh dapat diskaun. Kalau takde diskaun pun, tajamkan skill tawar-menawar anda. Ingat – EVERYTHING IS NEGOTIABLE!

2. Elakkan hutang kad kredit – korang ingat ada banyak kad kredit tu boleh bantu, ker? Yelah masa nak beli berang, mudah ajer swipe, kan, tak yah guna duit…tapi time nak membayar hutang  pulak, mulalah diserang panick attackkalau takde duit nak bayar… :-p.. Kalau terpakse berhutang dengan kad kredit sekalipun, seperkara yg perlu diingat ialah – bayar on time beb.. ! So, lain kali kalau nak beli, pakai CASH jer, bro…! Senang citer….
3. Potong jer langganan yang tak penting  contoh langganan yang tak berapa penting nie ialah seperti langganan majalah2 atau langganan khidmat Astro. Sebaliknya bacalah e-magazines yang berlambak dalam Internet tu… dan layanlah siaran TV daripada stesen TV tak berbayar seperti TV1, TV2, TV3 dll.. huhu. Gerenti boleh jimatkan kos!
4. Jangan asyik beli barangan branded – kengkadang, most people memang suka guna barangan berjenama ataubrandedBetter quality, they say. Betul tuh tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi you all kerana ingat yang  sekarang nie, objektif korang adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin. Lepas kahwin nanti, kalau korang nak berhabis dengan barangan branded pun, takde orang nak halang… :-) So, bersabarlah…

5. Jaga keselamatan dan kesihatan anda – sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau you all rajin jaga kesihatan, gerenti you boleh elakkan daripada membayar bil hospital yg terlampau tinggi tue… :-)

6. Jangan merokok! – Emm… yang nie mungkin susah sikit la untuk sesetengah orang nak ikut, kan? Kalau sudahaddicted tuh, memang susahlah nak buang tabiat buruk nie. Tapi kalau tak boleh berhenti pun, at least cubalah you all kurangkan sikit merokok tu, yer? Selain dapat menyelamatkan nyawa anda, ia memang confirm boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan anda!

7. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu – untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu2 supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang :-) . Masa keluar nie, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama.. :-) Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Contohnya, kalau bajet anda untuk pi ‘dating’ pada setiap hujung minggu ialah RM50, dalam sebulan tak ke jadi RM200? Banyak gak tuh…! So, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah2, cakap kat dia “Abe mu nok sipang duit nok buat kawin la, ayang…”..:-p
8. Jimatkan bil rumah anda – ada beberapa cara yang you all boleh lakukan untuk jimatkan bil2 penting di rumah anda, yakni – bil elektrik dan bil air. Misalnya elakkan daripada memakai aircon di dalam rumah, tutup kipas dan lampu jika tak digunakan, jangan mandi lama2 sangat, jangan biarkan air paip mengalir kalau tak guna dan bermacam-macam cara lagi lah. Senang ajer tu.. yang penting anda kena betul2 praktikkan amalan nie dalam kehidupan seharian. Barulah berkesan…
9. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah / buku – untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tau perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ader cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surfje laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dsb lagi dan baca jer at situ. Kan jimat tue..? Untuk yang suka membaca buku pulak, pinjam je buku kat library… :-p
10. Kurangkan membeli gajet2 elektronik di zaman IT yang serba canggih nie, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet2 yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dsb. Kebanyakan daripada alat2 nie memang serius mahal, beb. Kalau betul2 nak berjimat, buatkan wish list dulu, then lepas dah setel kahwin, barulah korang pi beli gajet2 nie semua…huhu.. :-p

note : C&P dari SETELKAWIN ;D 
*kurang kan dating?oh no!macam tak boleh jerk.hahaha;P ,dah paling kurang sekarang nie.

LOVING

Daisypath Anniversary tickers

Hari hari indah

Daisypath Wedding tickers

TRAVEL

Daisypath Vacation tickers