Pages

Followers

Monday, December 13, 2010

ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK KAHWIN? ;)

Minda Dan Kerohanian
Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara minda melalui dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami-isteri. Setiap pasangan juga perlu bersikap matang. Mereka juga hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Soal hukum hakam dan ilmu agama amatlah penting. Begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi, mengurus sumber kewangan, tenaga, masa, dan kemahiran mengatasi tekanan.

Persediaan Fizikal
Bakal pengantin perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit. Kesihatan yang baik akan membolehkan pasangan hidup bahagia dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Bakal pasangan hendaklah memiliki kemampuan seksual. Ia amat penting dalam menjamin kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Ia juga merupakan faktor utama bagi membolehkan pasangan mendapat zuriat. Kematangan fizikal pula penting terutama bakal isteri yang inginkan anak
sebaik sahaja berkahwin. Bagi seorang wanita, mengandung pada umur kurang 18 tahun adalah tidak digalakkan, kerana pada umur tersebut tubuh badan wanita itu sedang membesar dan belum bersedia untuk mengalami perubahan fizikal dan fisiologikal semasa mengandung. Umur yang idea bagi wanita untuk menjadi seorang ibu ialah antara 20-30 tahun.

Persediaan Ekonomi
Tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya. Sebarang sumbangan isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri.


Persediaan Sosial
Perkahwinan membawa kepada perubahan kepada peranan kedua-dua pihak. Contohnya, mereka yang berumahtangga kini mempunyai jaringan hubungan sosial dengan mertua dan saudaramara pasangan. Oleh itu bakal pengantin perlu memastikan diri masing-masing untuk menerima segala nasihat dan tunjuk ajar daripada mertua.

No comments:

LOVING

Daisypath Anniversary tickers

Hari hari indah

Daisypath Wedding tickers

TRAVEL

Daisypath Vacation tickers