Barang kemas salah satu pilihan sebagai tanda ikatan pertunangan atau perkahwinan bagi setiap pasangan. Biasanya bagi orang Melayu mereka lebih suka memilih emas kuning berbanding emas putih. Bagi mereka emas kuning lebih terserlah dan semestinya lebih bernilai. Namun tidak dinafikan ia mengikut trend semasa yang kini lebih tertumpu kepada emas putih sebagai cincin pertunangan dan perkahwinan. Pemilihan cincin emas putih nampak elegan dan lebih kelihatan muda. Pada kebiasaannya emas putih lebih mendapat perhatian dan minat golongan muda yang lebih moden. Namun setiap pemilihan emas tersebut ada lambang yang tersendiri. Tidak kiralah dari segi jenisnya, reka bentuk, harga dan nilai emas tersebut. Jika cincin yang dipilih mewah, ia akan menampakkan gaya eksklusif kepada si pemakainya. Ia bergantung kepada minat individu tersebut sama ada menggemari emas kuning ataupun emas putih. Jika anda masih ragu-ragu sama ada emas putih ataupun kuning, anda perlu memikirkan faktor-faktor di bawah ini.
♥ Ketahanan atau gaya hidup
Pemilihan emas kuning atau putih sama ada lebih sesuai dengan gaya hidup anda atau tidak. Ini termasuklah tugasan anda seharian dan apa rutin harian anda? Mungkin anda seorang yang lasak dan jenis yang ke hulu ke hilir. Bagaimana tahap ketahanan barang kemas yang anda pilih itu? Anda sahaja yang dapat menilainya. Kaji ‘kemesraan’ barang kemas tersebut dengan diri anda.
♥ Kesesuaian jari
Ini juga salah satu cara pemilihan cincin anda. Bukan hanya pemilihan bergantung kepada minat emas kuning atau emas putih. Ia juga bergantung kepada bentuk jari anda pendek atau runcing. Bagi yang jari runcing, mereka bertuah kerana apa-apa sahaja yang disarungkan nampak cantik dan sesuai. Jika pemilihan barang kemas tersebut terlalu besar atau terlalu kecik, ia akan kelihatan janggal dan tidak manis di jari anda nanti. Kadangkala emas putih tidak sesuai disarungkan pada jari yang berkulit terlalu gelap. Begitu juga emas kuning, akan nampak janggal kepada warna kulit yang gelap. Namun semuanya atas kebijaksanaan anda untuk menyesuaikannya.
♥ Alahan atau sensitif
Sesetengah orang sensitif kepada emas putih dan ada juga yang sensitif dengan emas kuning. Perkara ini juga sering dititikberatkan dalam proses memilih emas putih ataupun emas kuning. Agak membimbangkan jika barang kemas yang anda pilih akan memudaratkan kulit anda sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa semasa anda memakainya. Tambahan pula berlaku pembaziran kerana anda tidak boleh menggayakan barang yang sudah anda beli. Pendek kata uji tahap alahan kulit anda. Sama ada emas putih atau emas kuning?
♥ Kos atau kewangan
Sebenarnya tidak ada perbezaan yang banyak antara emas kuning atau emas putih. Ia bergantung kepada saiz, bentuk, permata atau berlian yang bertakhta pada barang kemas tersebut. Dari segi pemilihan ini sudah pasti melibatkan kos sama ada kecil atau besar. Jika kewangan anda kukuh, tidak salah jika anda memilih untuk bergaya mewah sama ada dengan emas kuning atau emas putih. Semuanya bergantung dengan bajet anda. Jangan pula berlaku kesempitan wang gara-gara memilih barang kemas di luar kemampuan anda. Ini juga salah satu perancangan kewangan anda.
C&P : PENGANTIN
note: i lagi suka emas putih dari gold..huhu..emas putih nampak glam sikit.auuww! ;P
1 comment:
emas putih semestinya! hehe. sangat elegant ^__^
Post a Comment