Pages

Followers

Wednesday, December 29, 2010

sesaaaakkk napasssss!

mintak nyawa please!!!huh.ada ura-ura mengatakan yang i akan kwen bulan 6 tahun depan.*mampos haku*...aiiyyaaakkk!mana wa nak carik duit.mau makan pasir nanti.haha.wahai bakal MIL i yg superb jelita!*bodek.kekeke:P.sila jgn BENAR kan saya kwen saing abang saya.*pelamin anganku musnah * haha.mintak pospon lagi boleh kan??*sambil kenyit2 mata.wink2 :) tak penah2 org mintak pospon kwen.biasa gatal jerk nak kwen.haha.chill!

note: actually kitorang tak nak tunang tu yang pening tu .hurmm.idea please!!!!!!!

aaaaaahhhhcccuuum!

lama dah tak singgah kat blog usang i ni!*ish...blog penting pun di abaikan kau nie......kekeke...buat masa nie tak ada apa yang nak di update..masih bincang sana,bincang sini.huhu.akhir2 nie pun bz dengan keje.tak sempat nak update.huhu.lotih badan den.haha.okay lah...BYE!TC --->macam ada org baca pulak.haha :P

Monday, December 13, 2010

ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK KAHWIN? ;)

Minda Dan Kerohanian
Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara minda melalui dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami-isteri. Setiap pasangan juga perlu bersikap matang. Mereka juga hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Soal hukum hakam dan ilmu agama amatlah penting. Begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi, mengurus sumber kewangan, tenaga, masa, dan kemahiran mengatasi tekanan.

Persediaan Fizikal
Bakal pengantin perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit. Kesihatan yang baik akan membolehkan pasangan hidup bahagia dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Bakal pasangan hendaklah memiliki kemampuan seksual. Ia amat penting dalam menjamin kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Ia juga merupakan faktor utama bagi membolehkan pasangan mendapat zuriat. Kematangan fizikal pula penting terutama bakal isteri yang inginkan anak
sebaik sahaja berkahwin. Bagi seorang wanita, mengandung pada umur kurang 18 tahun adalah tidak digalakkan, kerana pada umur tersebut tubuh badan wanita itu sedang membesar dan belum bersedia untuk mengalami perubahan fizikal dan fisiologikal semasa mengandung. Umur yang idea bagi wanita untuk menjadi seorang ibu ialah antara 20-30 tahun.

Persediaan Ekonomi
Tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya. Sebarang sumbangan isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri.


Persediaan Sosial
Perkahwinan membawa kepada perubahan kepada peranan kedua-dua pihak. Contohnya, mereka yang berumahtangga kini mempunyai jaringan hubungan sosial dengan mertua dan saudaramara pasangan. Oleh itu bakal pengantin perlu memastikan diri masing-masing untuk menerima segala nasihat dan tunjuk ajar daripada mertua.

Sunday, December 12, 2010

EMAS atau EMAS PUTIH


tips :

Barang kemas salah satu pilihan sebagai tanda ikatan pertunangan atau perkahwinan bagi setiap pasangan. Biasanya bagi orang Melayu mereka lebih suka memilih emas kuning berbanding emas putih. Bagi mereka emas kuning lebih terserlah dan semestinya lebih bernilai. Namun tidak dinafikan ia mengikut trend semasa yang kini lebih tertumpu kepada emas putih sebagai cincin pertunangan dan perkahwinan. Pemilihan cincin emas putih nampak elegan dan lebih kelihatan muda. Pada kebiasaannya emas putih lebih mendapat perhatian dan minat golongan muda yang lebih moden. Namun setiap pemilihan emas tersebut ada lambang yang tersendiri. Tidak kiralah dari segi jenisnya, reka bentuk, harga dan nilai emas tersebut. Jika cincin yang dipilih mewah, ia akan menampakkan gaya eksklusif kepada si pemakainya. Ia bergantung kepada minat individu tersebut sama ada menggemari emas kuning ataupun emas putih. Jika anda masih ragu-ragu sama ada emas putih ataupun kuning, anda perlu memikirkan faktor-faktor di bawah ini.

♥ Ketahanan atau gaya hidup
Pemilihan emas kuning atau putih sama ada lebih sesuai dengan gaya hidup anda atau tidak. Ini termasuklah tugasan anda seharian dan apa rutin harian anda? Mungkin anda seorang yang lasak dan jenis yang ke hulu ke hilir. Bagaimana tahap ketahanan barang kemas yang anda pilih itu? Anda sahaja yang dapat menilainya. Kaji ‘kemesraan’ barang kemas tersebut dengan diri anda.

♥ Kesesuaian jari
Ini juga salah satu cara pemilihan cincin anda. Bukan hanya pemilihan bergantung kepada minat emas kuning atau emas putih. Ia juga bergantung kepada bentuk jari anda pendek atau runcing. Bagi yang jari runcing, mereka bertuah kerana apa-apa sahaja yang disarungkan nampak cantik dan sesuai. Jika pemilihan barang kemas tersebut terlalu besar atau terlalu kecik, ia akan kelihatan janggal dan tidak manis di jari anda nanti. Kadangkala emas putih tidak sesuai disarungkan pada jari yang berkulit terlalu gelap. Begitu juga emas kuning, akan nampak janggal kepada warna kulit yang gelap. Namun semuanya atas kebijaksanaan anda untuk menyesuaikannya.

♥ Alahan atau sensitif
Sesetengah orang sensitif kepada emas putih dan ada juga yang sensitif dengan emas kuning. Perkara ini juga sering dititikberatkan dalam proses memilih emas putih ataupun emas kuning. Agak membimbangkan jika barang kemas yang anda pilih akan memudaratkan kulit anda sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa semasa anda memakainya. Tambahan pula berlaku pembaziran kerana anda tidak boleh menggayakan barang yang sudah anda beli. Pendek kata uji tahap alahan kulit anda. Sama ada emas putih atau emas kuning?

♥ Kos atau kewangan
Sebenarnya tidak ada perbezaan yang banyak antara emas kuning atau emas putih. Ia bergantung kepada saiz, bentuk, permata atau berlian yang bertakhta pada barang kemas tersebut. Dari segi pemilihan ini sudah pasti melibatkan kos sama ada kecil atau besar. Jika kewangan anda kukuh, tidak salah jika anda memilih untuk bergaya mewah sama ada dengan emas kuning atau emas putih. Semuanya bergantung dengan bajet anda. Jangan pula berlaku kesempitan wang gara-gara memilih barang kemas di luar kemampuan anda. Ini juga salah satu perancangan kewangan anda.



C&P : PENGANTIN
note: i lagi suka emas putih dari gold..huhu..emas putih nampak glam sikit.auuww! ;P

Thursday, December 9, 2010

kita merancang,TUHAN yang menentukan


OMG!migrain makkkkkkk!haha.poning palo den.haha.uuiih..bukan senang nak kwen erk.walaupun lama lagi majlis tu,tapi ada macam2 yang nk kena prepair awal2/lebih baik prepair awal2.huh!berat terus otak nak berfunsi.haha.takpe2.pelan2 kayuh.betul tak?CHAYOOK2! ;)

1.  Daftar kursus kawin <------  DONE!
2.  Set tarikh (nikah dan sanding)
3.  Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan
4.  Pilih tema majlis kahwin <------ DONE! *over kan?haha.tarikh pun tak ada,tema dah ada.hehe
5.  Buat medical check-up (HIV)
6.  Beli barang2 hantaran <------ ONDAWAY!
7.  Beli souvenir dan bunga telur
8.  Beli alat2 untuk gubahan barang hantaran
9.  Tempah juru nikah atau tok kadi
10. Senaraikan tetamu yang nak dijemput
11. Tempah kad jemputan
12. Gubah barang2 hantaran
13. Tempah pelamin
14. Book juru solek atau mak andam
15. Pilih busana pengantin
16. Tempah khemah, kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain)
17. Tempah juru kamera dan/atau juru video
18. Beli barang2 untuk kenduri kawin (beras, daging, ayam dll) – atau pakai jer khidmat catering kalau tak nak peningkan kepale korang yang dah pusing tue…
19. Hiasan meja makan beradap (sekali dengan menu hidangan)
20. Hiburan (kompang ke, silat gayung ker, marhaban, tarian dll.)
21. Membuat banting atau signage (jika berkaitan)

note: settlekan hantaran dulu kott..beli sikit2....

10 tips jimat kumpul duit kawin!


1. Shopping masa sale jer – kalau korang suka sangat shopping, pilihlah time yang ader Mega Sale jer. Gerenti hampir semua barangan boleh dapat diskaun. Kalau takde diskaun pun, tajamkan skill tawar-menawar anda. Ingat – EVERYTHING IS NEGOTIABLE!

2. Elakkan hutang kad kredit – korang ingat ada banyak kad kredit tu boleh bantu, ker? Yelah masa nak beli berang, mudah ajer swipe, kan, tak yah guna duit…tapi time nak membayar hutang  pulak, mulalah diserang panick attackkalau takde duit nak bayar… :-p.. Kalau terpakse berhutang dengan kad kredit sekalipun, seperkara yg perlu diingat ialah – bayar on time beb.. ! So, lain kali kalau nak beli, pakai CASH jer, bro…! Senang citer….
3. Potong jer langganan yang tak penting  contoh langganan yang tak berapa penting nie ialah seperti langganan majalah2 atau langganan khidmat Astro. Sebaliknya bacalah e-magazines yang berlambak dalam Internet tu… dan layanlah siaran TV daripada stesen TV tak berbayar seperti TV1, TV2, TV3 dll.. huhu. Gerenti boleh jimatkan kos!
4. Jangan asyik beli barangan branded – kengkadang, most people memang suka guna barangan berjenama ataubrandedBetter quality, they say. Betul tuh tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi you all kerana ingat yang  sekarang nie, objektif korang adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin. Lepas kahwin nanti, kalau korang nak berhabis dengan barangan branded pun, takde orang nak halang… :-) So, bersabarlah…

5. Jaga keselamatan dan kesihatan anda – sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau you all rajin jaga kesihatan, gerenti you boleh elakkan daripada membayar bil hospital yg terlampau tinggi tue… :-)

6. Jangan merokok! – Emm… yang nie mungkin susah sikit la untuk sesetengah orang nak ikut, kan? Kalau sudahaddicted tuh, memang susahlah nak buang tabiat buruk nie. Tapi kalau tak boleh berhenti pun, at least cubalah you all kurangkan sikit merokok tu, yer? Selain dapat menyelamatkan nyawa anda, ia memang confirm boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan anda!

7. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu – untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu2 supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang :-) . Masa keluar nie, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama.. :-) Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Contohnya, kalau bajet anda untuk pi ‘dating’ pada setiap hujung minggu ialah RM50, dalam sebulan tak ke jadi RM200? Banyak gak tuh…! So, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah2, cakap kat dia “Abe mu nok sipang duit nok buat kawin la, ayang…”..:-p
8. Jimatkan bil rumah anda – ada beberapa cara yang you all boleh lakukan untuk jimatkan bil2 penting di rumah anda, yakni – bil elektrik dan bil air. Misalnya elakkan daripada memakai aircon di dalam rumah, tutup kipas dan lampu jika tak digunakan, jangan mandi lama2 sangat, jangan biarkan air paip mengalir kalau tak guna dan bermacam-macam cara lagi lah. Senang ajer tu.. yang penting anda kena betul2 praktikkan amalan nie dalam kehidupan seharian. Barulah berkesan…
9. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah / buku – untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tau perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ader cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surfje laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dsb lagi dan baca jer at situ. Kan jimat tue..? Untuk yang suka membaca buku pulak, pinjam je buku kat library… :-p
10. Kurangkan membeli gajet2 elektronik di zaman IT yang serba canggih nie, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet2 yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dsb. Kebanyakan daripada alat2 nie memang serius mahal, beb. Kalau betul2 nak berjimat, buatkan wish list dulu, then lepas dah setel kahwin, barulah korang pi beli gajet2 nie semua…huhu.. :-p

note : C&P dari SETELKAWIN ;D 
*kurang kan dating?oh no!macam tak boleh jerk.hahaha;P ,dah paling kurang sekarang nie.

hantaran part 1

hai.
sebagai ingatan untuk i yang "pelupa" macam org tua!haha.and kongsi bersama.huhu.*kalau ada yang tengah merancang tu kan*
ish.pening kepala fikir pasal kawen nie.huhu.time2 bosan nie,i pun mintak tolong incik GOOGLE carikan i senarai hantaran.huhu.actually plan nak beli barang sikit2.so kena lah tau apa nak beli and boleh lah survey harga kat mall.hihi.lets check out :


Sebelah perempuan (untuk diberi kepada pihak lelaki):
  1. Tepak sirih    
  2. Pulut kuning
  3. Baju Melayu (dan/atau sampin)
  4. Kain pelikat
  5. Baju kemeja dan seluar slack (boleh sekali dengan tie)
  6. Kasut (dan/atau stoking)
  7. Al-Quran (atau tafsir)
  8. Sejadah
  9. Jam tangan
  10. Potpouri
  11. Wallet (dan/atau belt – biasanya dijual 1 set)
  12. Perfume
  13. Towel
  14. Buah-buahan
  15. Kek/cupcakes
  16. Muffin atau biskut
  17. Gula-gula (atau manisan lain)

Sebelah lelaki (untuk diberi kepada pihak perempuan):
  1. Tepak sirih
  2. Mas kahwin
  3. Pulut kuning
  4. Cincin/Gelang/Rantai (atau barang kemas yang lain)
  5. Sepersalinan kain (atau baju kurung)
  6. Al-Quran (atau tafsir)
  7. Sejadah
  8. Kek/cupcakes
  9. Potpouri
  10. Jam tangan
  11. Kasut
  12. Handbag
  13. Perfume
  14. Buah-buahan
  15. Set alat solek
  16. Telekung sembahyang
  17. Muffin atau biskut
  18. Towel
  19. Gula-gula (atau manisan lain)

note : maybe tak ikut semua yang ada nie kott.....hihi..yang i bold kan tu mungkin jadi pilihan.teheee;D

LOVING

Daisypath Anniversary tickers

Hari hari indah

Daisypath Wedding tickers

TRAVEL

Daisypath Vacation tickers