Pages

Followers

Thursday, October 27, 2011

contengan rumah!

Salam Jumaat semua!
Sorrryyyy sggggtt sebab update blog secara rawak...maksudnya ikut masa yang ada..
biasa lah kan..lagi nak dekat majlis lagi busy dibuatnya....huhu..tapi I akan cuba yang terbaik untuk 
update and kongsi apa yang boleh di kongsi dengan uols...hehe...cuba sedaya upaya kononnye lah....
Now busy mengecat rumah yang I akan duduk after kawen....EXCITED tau!
dengan gagah berani I tolong sayang I cat rumah.sampai rambut pun penuh cat...dah lah penuh cat...siap simpan sikit dekat rambut bawak pegi opissss...kelasss kau adda!!hahaha ;P
Rasa macam tak terurus sekarang nie.....tapi tak apa lah bukan untuk orang lain...untuk diri sendiri jugak...hihi

antara orang kuat yang turut membantu!terima kasih uolssss.....hehe


amacam?RUMAH I COLOUR MERAHHHHH PUTIH lagi tau.....ikutkan hati nak aje buat polkadot dekat wall colour merah tuh....haha.....kalau I buat polkadot tu..memang makan penampo dengan dak sayang.... lepas tu dia akan cakap " ko hengatttt rumah aku nie TASKA ke?" kekeke...

kenapa pilih merah dan putih ??

- kombinasi yang cantik <--- memang pun kannn..
- kami memang suka merah!! <--- my FAV colour!!!yeahh ;P
- merah kan hotttt...haha <---- hott ke?boleh lah kan.....haha

Wednesday, October 5, 2011

DIY : love polka dot with wooden clothes pegs


alatan yang diperlukan : Gunting,pensil,penyepit kayu,gam,kertas polkadot dan plastik penekap berbentuk hati


lukiskan bentuk hati(love) pada kertas polkadot..kemudian gunting ikut bentuk tersebut


ambil penyepit kayu dan kertas polkadot yang sudah di gunting


kemudian ambil kertas polkadot tersebut dan anggarkan kedudukan kertas tersebut sebelum ditampal


selepas ukur,letakkan gam dibahagian belakang kertas dan tampalkan mengikut kesesuaian


dan ini hasilnya....comel kan??hehe

hasil yang I dapat untuk hari nie...ada lagi 10 penyepit kayu nak siapkan...
letak dekat mana??hah yang tu uols tunggu dan lihat lah dekat mana I letak nanti..kekeke
BYE!

contact lenses





pilihan I sweetie grey :)

hai wanita wanita cantik :)

rasa macam gedikss2 pulak petang nie.haha.menyammmpah!

okay abaikan.....

now I nak kongsi beberapa tips yang I rasa berguna lah untuk B2B..
  • PAKAI SEBULAN /SEMINGGU AWAL - bukan sebab excited nak kwen tapi untuk bagi mata uols serasi dengan CL yang uols beli tu.lagi lagi kalau uols nie jenis yang rabun tapi tak suka pakai CL/tak pernah pakai CL..kalau tak serasi nanti mata kita akan jadi merah,pedih dah kering.ada setengah orang akan mengalami masalah nie dalam masa sehari jerk.ikut kesesuaian mata masing masing :)
  • PILIH WARNA YANG BERSESUAIAN - pemilihan warna juga penting ya uolss.....jangan ambik colour yang over sangat macam pink,hijau,biru(warna berani)....takut tak sesuai dengan muka bila dah make up nanti...yelah kita nak orang datang tengok pengantin nampak cantik je...betul tak?bukannya tengok pengantin dah macam minah salleh celuppp..hehe..pilih lah colour neutral...macam black,grey,brown,clear..kira warna selamat lah...takde lah tetamu tekejut tengok kita...tapi......tu semua terpulang pada uols...kalau uols dah pernah cuba warna warna berani tadi...and rasa sesuai uols boleh lah teruskan.hah!lagi satu kalau uols rasa tak yakin dengan warna warna yang ada,i mean macam tak dapat nak bayangkan bila ada dekat mata..uols boleh cuba dulu dekat kedai yang uols nak beli tu..
  • PILIH CORAK/STYLE YANG SESUAI - sekarang nie kan dah ada macam macam jenis CL..so bagi uols yang mempunyai mata yang sepet tak payah risau lagi...now dah ada CL yang boleh buat mata uols nampak lebih besar..huhu..so tak ada masalah lagi...kalau mata uols dah cukup besar I rasa tak ada masalah kot nak pilih CL...just corak bahagian tengah tu uols boleh lah cari yang uols berkenan...huhu
okay bai.


Monday, October 3, 2011

Petua Rumahtangga :)) * sesuai untuk para/bakal suami baca *



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri 
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami . 

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga 
luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan 
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses 
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. 

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara 
isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias 
isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda. 

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. 
Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. 
I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya 
jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya! 

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak . Benih 
dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n 
berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. 

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax 
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk 
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata 
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan 
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan. 

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk 
isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma 
ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak! 

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu 
kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang 
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri 
kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok 
belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma 
masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan 
perbelanjaan keluarga) 

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang 
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin 
dulu. 

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh 
control kentut? 

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma 
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci
 mereka walaupun secara bergurau. 

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. 

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, 
jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda 
. Selalunya 
perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi 
itulah dia rela nak tolong. 

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan 
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, 
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu 
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke 
nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? 

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda 
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. 
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja .
 

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri 
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi 
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri 
sendiri. 

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak 
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, 
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat? 

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja
.
 Kalau awak sakit nak mati 
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? 
Jiran sebelah rumah awak? 

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa 
doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai
isteri nak mampus pun tak perasan .
 


20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat . 
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat 
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling 
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan . Bukannya laku bila 
dah mati nanti. 

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti 
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar 
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum 
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar 
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga 
belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya 
dengar dari seorang ustaz. 

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian 
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau 
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali 

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati 
Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati 
orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, 
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami 
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan 
kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang 
perempuan ni enteng sahaja. 



oleh : Dr.Fazilah Kamsah


C&P : Goggle

LOVING

Daisypath Anniversary tickers

Hari hari indah

Daisypath Wedding tickers

TRAVEL

Daisypath Vacation tickers