Pages

Followers

Tuesday, July 26, 2011

Pre Wedding at Broga Hill PART II





D.I.Y : hand bouquet Part II


salam everybody ;)

okay petang nie I nak sambung entry I yang lepas CLICK HERE


  • kalau ada bunga mesti ada tangkai kan?so nak mudah dan cepat,uols beli jerk lah kat kedai bunga pemegang bunga tangan tu *seperti dalam gambar* mudah bukan??then uols cucukkan bunga kain felt yang dah siap tu.susun ikut cita rasa uols..nak tinggi ke...rendah ke...

  • kemudian pastikan juga uols ada kain net sebagai bahan tambahan untuk menaikkan seri bunga tangan uols tu.kalau ada idea lain,uols boleh lah buat kan.contoh pakai kain cotton yang comel/menarik ;)
  • sebelum cucuk atau susun bunga bunga tersebut,uols ambik dan gulungkan tangkai bunga dengan tape putih*biasa di gunakan untuk membuat bunga telur*.tape tu dah sedia ada boleh melekat.so tak payah susah susah nak pakai gam bagai.
  • selepas uols pasangkan/tampal kain net pada pemegang bunga tangan.uols boleh lah tambah riben yang comel untuk tutup/hias pemegang bunga tangan.biar nampak lebih kemas dan menarik.NOTE : kain net dipasang mengikut cara/kreativiti uols sendiri ;)

  • last sekali..untuk tambah menarik..tambah lagi bunga plastik sebagai tambahan dan jgan biarkan nampak ruang kosong antara bunga kain felt.ia akan nampak lagi kemas dan cantik.so yang dekat atas tu hasil DIY I sendiri.masih ada kurang tapi I tak nak tambah sekarang :P
NOTE : SELAMAT MENCUBA DAN BUAT DENGAN SEIKHLAS HATI UNTUK HARI BAHAGIA ANDA :)

Wednesday, July 20, 2011

Pre Wedding at Broga Hill

Jeng jeng jeng...
before nie I ada post pasal Pre wedding kitorang kan?so...ini lah salah satu hasil yang kitorang dapat.walaupun rasanya banyak kekurangan(pada I),tak apa lah..yang kurang tu buat pejam mata..yang best tu kasi tayang!haha.yang best opppkkoss lah hasil hasil gambar kan..ada banyak lagi.tapi I tak nak tunjuk dulu.hihi.cuci mata dengan yang satu nie dulu key!BYE!!


Thank you very much untuk mereka mereka yang menjayakan pre wedd nie.hehe.uols memang awesome!!
Photographer : Edy & Md Nor
Lighting : Md Nor & Laila
Place : Broga Hill

Monday, July 18, 2011

Tak sabar......

hai everybody!

Update secara ringkas.Tomorrow my pre-wedding.haishhhh..excited ada...nervous pun ada jugak..hihi..macam macam rasa ada...nanti I update gambar okay :) *tu pun kalau dapat dengan kadar segera lah* BYE!

Thursday, July 14, 2011

D.I.Y : hand bouquet

hai everybody.
hari nie I nak story mory pasal DIY bunga tangan.hehe.actually I memang dah lama berangan nak selitkan something yang I buat sendiri untuk wedding nanti.So I pilih nak buat bunga tangan yang I akan guna masa nikah nanti.Idea bukan original dari I.hehe.but I try olahkan ikut citarasa I sendiri.buat masa nie baru siap 50% yang dah siap..now I nak kongsi DIY HAND BOUQUET dengan menggunakan kain FELT :)

  • cari gambar hand bouquet sebagai contoh atau panduan.(bukan untuk tiru 100%) uols boleh dapatkan di majalh atau incik google :P
  • kemudian sediakan kain felt dengan warna yang bersesuaian dengan warna tema wedding uols.
  • gunting kain felt dengan bentuk pilihan anda.i suggest bentuk bunga atau bulat coz nampak sesuai untuk jadikan bunga tangan.
  • buat bentuk yang sama tapi saiz yang kecil sedikit untuk "double" kan pada saiz yang lebih besar(yang uols dah potong sebelum tu).
  • Buat beberapa kuntum mengikut citarasa uols.kalau nak banyak boleh buat lebih dari 10 kuntum bunga.
  • gunting kain felt berbentuk bulat.dan pastikan saiznya bersesuaian untuk di letak atas kuntum bunga yang telah di 'double'kan tadi.(macam I buat dekat atas tu :P )
  • sebagai tambahan untuk nampak lebih cantik.uols boleh tambah butang dan manik sebagai hiasan sampingan.(kalau uols ada idea sendiri,uols boleh lah tambah apa yang patut)
  • untuk membuat tangkai bunga pula.uols boleh guna dawai lembut(lupa nama dia T.T) sebagai tangkai bunga.bahagikan dawai halus kepada 2(jangan putuskan,just bengkokkan kepada 2) then uols pintalkan dawai tersebut.tujuan untuk jadikan dawai tersebut lebih tebal dan kuat :)
  • sebelum tu uols kena sediankan kain felt yang di potong bulat untuk membuat tapak bunga.actually nak cover after tampal dawai pada bunga tu.biar nampak lagi kemas.
  • kemudian tampal dengan menggunakan gam UHU atau gam tembak(gam lain pun boleh jugak).make sure gam yang diyakini tak tercabut bila dah tampal nanti.hihi
  • DONE!selesai semua step.so tunggu step seterusnya.hehe.sorry sebab tergantung.

note : nanti I update lagi.untuk sambungan hand bouquet nie.BYE!

Monday, July 11, 2011

Songket untuk malam berinai???

kredit pic : dinahalim

pening jugak ya nak pilih warna baju songket untuk malam berinai..haish..banyak sangat pilihan warna yang ada.now I pilih warna merah tapi rasa macam nak tukar pulak.hehe.uols ada cadangan tak warna apa?? -_-"
navy blue okay tak??

DONE!

hye everybody!

lama beno kite tak update belog nie kan.rasa rindu pulak.haha.walaupun I jarang upadate blog nie tak semestinya my wedding plan tak berjalan lancar tau.everything okay and Alhamdulillah.buat masa nie benda yang besar besar dah book and ada jugak yang dah buat pembayaran.pejam celik pejam celik tak lama jerk lagi kan...haishh cuak pun ada jugak..now I nak list apa yang I dah settle and apa yang tak settle lagi

DAH SETTLE(dah siap booking)


pelamin + baju malam berinai + baju sanding (settle belah amad and I )
make up (nikah,malam berinai,sanding) 
photographer (settle dua dua belah jugak)
homestay untuk pihak lelaki (johor sahaja)
kotak cendera hati ( untuk pihak sebelah)
paper bag (untuk tetamu)


BELUM SETTLE


homestay (kawan kawan rapat)
kompang ( emak tolong bookingkan)
khemah (emak booking jugak :P )
hantaran (tak cukup lagi T.T )
alas dulang hantaran
dulang hantaran
DIY paper bag (untuk tetamu)
kad kahwin (dua2 belah)
kasut (untuk sanding + nikah )
inai tangan
bunga tangan (fresh flower)
banner + bunting (sekali dengan kad kottt)
photoshoot pre-wedd ( boleh masuk list kan??haha)
gula gula/keropok/makanan ringan (untuk tetamu)
barangan cendera hati (untuk orang sebelah)
paper lantern (mungkin ada)


tu jerk kottt buat masa nie.haishhh banyak yang belum settle dari yang dah settle.haha.gila pening.....lagi 4 bulan nieeeee....aarrrggghhh!





LOVING

Daisypath Anniversary tickers

Hari hari indah

Daisypath Wedding tickers

TRAVEL

Daisypath Vacation tickers